SECANGKIR KATA

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang berperanan besar dalam menjana generasi berilmu, berwawasan dan berdaya saing untuk menjadi pelapis yang berupaya meneruskan kepimpinan negara yang terbilang. Status negara maju menjelang tahun 2020 juga dapat dicapai menerusi institusi pendidikan bertaraf dunia.

Sekolah Berasrama Penuh merupakan pusat bagi melahirkan modal insan selaras dengan matlamat pembangunan negara. Bagi mencapai matlamat ini semua warga sekolah terutama warga pendidik dan pelajar berperanan besar menggalas tugas memperlengkapkan diri dengan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan bersedia membuat anjakan paradigma demi kebaikan bersama. Letusan ilmu pengetahuan kini menuntut komitmen yang tinggi daripada seluruh warga sekolah bagi merealisasikan matlamat sekolah sebagai institusi pendidikan yang unggul.

Jesteru, saya berharap warga Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra akan terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pebagai bidang. Kesepakatan dan kegigihan serta komitmen yang berterusan merupakan ramuan atau formula dalam merealisasikan impian dan hasrat ini bagi mencipta ruang kejayaan yang membanggakan

Sekian, terima kasih.

Pesol bin Md Saad

Pengetua,

Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra.

 

SEJARAH RINGKAS SEKOLAH:

Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Perlis,telah ditubuhkan pada tahun 1973.Pada peringkat awal penubuhannya,penuntut-penuntut sekolah ini seramai 109 orang menumpang belajar di Sekolah Menengah Derma dan menginap di Rumah Pengakap,di Sekolah Menengah Vokasional edan juga di asrama Sekolah Menengah Derma.

Bangunan Sekolah Menengah Sains Perlis(kini Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra) yang menelan belanja sebanyak 2.5 juta ringgit,mula dibina di satu kawasan tanah lembah seluas 30 hektar di Behor Pulai.Penuntut-penuntut yang bertaburan di merata tempat,mula berpindah ke bangunan baru pada 20 Mei 1974,Encik Abdul Rahim Bin Abdul Majid telah dilantik sebagai Pengetua Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra yang pertama.

Detik bersejarah yang tercatat dalam diari sekolah yang sukar dilupai ialah pada hari Khamis,2 November 1978,D.Y.M.M. Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail iaitu Raja Negeri Perlis telah menyempurnakan perasmian Sekolah Menengah Sains Perlis dengan memperkenankan nama baru sekolah ini iaitu Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra,Kangar Perlis.

Mulai 2 Mei 1995,Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan nama rasmi sekolah ini dengan nama Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra.

 

LENCANA

5 Keris Melambangkan 5 Rukun Negara

Atom Melambangkan Sains dan Teknologi

Tangkai Padi Melambangkan Kemakmuran

 

BENDERA

 

 

LAGU SEKOLAH

KAMI PENUNTUT SEMUA
PELBAGAI TURUNAN BANGSA
DATANG DARI RATA-RATA
BUMI MALAYSIA TERCINTA
 
PERINSIP RUKUN NEGARA
MENJADI PEGANGAN KAMI
BERKAT TEKUN USAHA JAYA
DUKUNG SAINS TEKNOLOGI
 
MAJU SMSTSP,HARUM SMSTSP
SELAMA-LAMANYA
KAMIKAN BERJANJI,TEKUN  DAN BERUSAHA
SEMOGA BERJAYA
 
PRINSIP RUKUN NEGARA
MENJADI PEGANGAN KAMI
BERKAT TEKUN USAHA JAYA
TEGUH SEMANGAT BERBAKTI