www.smstsp.edu.my

VISI

Menjadikan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra sebagai sebuah institusi pendidikan bertaraf dunia yang terus cemerlang dan terbilang menjelang tahun 2020

MISI

Sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang komited untuk merealisasikan pendidikan berkualiti bagi membina insan yang berpersonaliti unggul serta mempunyai kecemerlangan akademik. kemapanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan, kejituan patriotisme dan kehebatan kokurikulum serta kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini.

Endineering Invention and Innovation Exhibition
Mesyuarat Agong PIBG 2009
Kejohanan Olahraga Kali Ke XXVIII
Kejohanan Merentas Desa 2009
Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 baru
Pendaftran Pelajar Tingkatan 1 2009
 
 
 
 

 

 

ENGINEERING INVENTION AND EXIBITION

Pada 22 Mac 2009, PPK Alam Sekitar dengan kerjasama Hal Ehwal Murid dan Bahagian Alumni Universiti Malaysia Perlis telah menganjurkan Enginerring Invention and Exibition (ENVEX) bertempat di Dewan Kolej Kediaman UniMAP. Salah seorang pelajar SM Sains Tuanku Syed Putra, Muhamad Izzazi b. Zulkifli telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.Berkat kerjasama Datin Noridah bt Yangman selaku guru pembimbing berserta PPK Bahan Prof. Madya Che Mohd. Ruzaidi, En Mohd. Mustafa Al-Bakri dan Mohd Razi Ali, penyelidikan ini yang diberi tajuk "Green Concept Cane Board" telah berjaya merangkul Anugerah Perak dalam pertandingan tersebut yang disertai oleh 64 kumpulan. Kerjasama yang diberikan oleh setiap pihak terutamanya pihak UniMAP didahului dengan ucapan terima kasih.[Kembali]

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE 30 TAHUN 2009

Mesyuarat agung PIBG Kali ke 30 telah diadakan pada 13 Mac 2009, jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Sri Pulai SMSTSP. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Dato' Seri Mohd Radzi Bin Tan Sri Sheikh Ahmad, Ahli Parlimen Kangar. Jumlah kehadiran ialah seramai 198 orang ibubapa dan penjaga. Antara usul yang dibincangkan ialah bayaran sumbangan PIBG pada tahun 2009. Jamuan disediakan untuk para hadirin dan tepat jam 12.00 tengah hari mesyuarat ditangguhkan.[Kembali]

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE XXVIII, 2009

Kejohanan Olahraga Kali Ke XXVIII telah berlangsung selama 3 hari iaitu pada 24hb-26hb Januari 2009. Perasmian pembukaan ialah YAB En. Mat b. Hassan ADUN Kuala Perlis. Manakala Majlis Penutup dilaksanakan oleh En. Hasrul Izham b. Mohd Hashim Pengerusi Biro Sukan ASPUTRA... Wakil Alumni SMSTSP. Kejohanan kali ini telah dijuarai oleh Rumah Uranus dengan 183 mata diikuti oleh Rumah Zuhal, Rumah Zurah, Rumah Marikh, Rumah Utarid dan Rumah Musytari. Rumah Uranus juga menjadi Johan hiasan rumah dan perbarisan. Naib Johan bagi kategori hiasan rumah dan perbarisan masing-masing ialah Rumah Musytari dan Rumah Marikh. Mohd Ilman Abd. Wahab(ZU) dipilih sebagai olahragawan manakala Ruahah bt. Abd Rashid(UR) dipilih sebagai Olahragawati bagi Kejohanan kali ini. [Foto] [Kembali]

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2009

Kejohanan Merentas Desa 2009 telah berlangsung pada 7 Februari 2009 di Gua Cenderawasih, Kangar. Kejohanan kali ini telah dirasmikan oleh En. Zulkifli b. Musa Naib Yang Dipetua PIBG SMSTSP. Rumah Utarid telah muncul sebagai juara bagi kejohanan kali ini manakala Rumah Marikh telah muncul sebagai Naib Johan. [Foto][Kembali]

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2009

Isnin 12 Januari 2009 pendaftaran pelajar tingkatan 1 ambilan I telah dijalankan di Dewan Makan SMSTSP. Seramai 74 orang pelajar telah mendaftarkan diri bermula jam 8.30 pagi. Daripada jumlah tersebut seramai 46 orang ialah pelajar lelaki manakala 28 orang lagi merupakan pelajar perempuan.
Bagi melicinkan urusan pendaftaran, pihak urusetia telah menyediakan beberapa kaunter antaranya kaunter guru kelas, koperasi, biasiswa/projek khas dan Hal Ehwal Murid. Setelah selesai pendaftaran, ibu bapa dan pelajar diberi taklimat oleh pihak pengurusan di Dewan Seri Pulai sebelum ke asrama.
Pendaftaran pelajar tingkatan 1 ambilan II pula telah dijalankan pada hari Rabu 25 Februari 2009. Seramai 39 orang pelajar telah mendaftarkan diri sebagai warga SMSTSP. Daripada angka tersebut 30 orang merupakan pelajar lelaki dan selebihnya pelajar perempuan. Hal Ini menjadikan bilangan pelajar tingkatan 1 sesi 2009 ambilan I dan II berjumlah 113 orang kesemuanya.
[Kembali]